00:15Terima kasih kerana menonton!
00:30Bagi membincangkan usaha untuk menghentikan konflik serta memperkukuh kestabilan di sempadan kedua-dua negara.
00:37Menurut kenyataan tersebut, genjata senjata akan berkuat kuasa dengan syarat semua serangan oleh Hezbollah dihentikan sepenuhnya dan semua anggota kumpulan
00:45itu berundur dari kawasan selatan Sungai Litani.
00:48Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Lubnan dan Israel bersetuju untuk mempercepatkan perbentukan beberapa zon perintis yang akan dikawal sepenuhnya oleh Angkatan
00:57Tentera Lubnan tanpa kehadiran mana-mana kumpulan bersenjata, bukan kerajaan.
01:01Ketiga-tiga pihak menyatakan langkah itu penting bagi membuka jalan ke arah perjanjian keamanan dan keselamatan yang lebih menyeluruh pada
01:09masa depan.
01:10Mereka turut menegaskan bahawa masa depan hubungan antara Lubnan dan Israel perlu ditentukan oleh kerajaan kedua-dua negara secara berdaulat
01:17serta menolak sebarang campur tangan pihak luar atau kumpulan bukan negara yang boleh menjejaskan masa depan Lubnan.
01:23Israel dan Lubnan juga mengulangi komitmen untuk meneruskan rundingan secara langsung bagi membina keyakinan, menyelesaikan isu tertunggak dan mencapai perjanjian
01:32yang berkekalan.
01:33Delegasi kedua-dua negara turut membincangkan rangka kerja keselamatan yang bertujuan memastikan kedalatan, keselamatan dan integriti wilayah masing-masing terus
01:42terpelihara.
01:43Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha untuk melucutkan senjata kumpulan bersenjata, bukan kerajaan serta menghalang kemunculan semula kumpulan tersebut.
01:51Dalam kenyataan sama, semua pihak mengecam serangan Iran terhadap negara-negara di rantau Asia Barat serta tindakan yang dianggap menjejaskan
01:59kestabilan serantau melalui sokongan kepada kumpulan proksi dan bentuk pencerobohan lain.
02:04Amerika Syarikat menegaskan sokongannya kepada kerajaan Lubnan dan Israel untuk melaksanakan kedaulatan masing-masing.
02:10Washington juga menyatakan komitmen untuk terus membantu meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Lubnan agar mampu mengawal seluruh wilayah negara itu dengan
02:18lebih berkesan.
02:19Sementara itu, Israel menegaskan keselamatan negaranya hanya dapat dicapai melalui pelucutan senjata Hezbollah dan pembongkaran infrastruktur kumpulan tersebut di seluruh
02:30Lubnan.
02:30Lubnan pula menekankan kepentingan menghormati sempadan yang diiktiraf antarabangsa, pelaksanaan penuh genjata senjata serta pemeliharaan kedaulatan negara.
02:39Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menyambung semula rundingan politik dan keselamatan pada minggu bermula 22 Jun ini dengan matlamat
02:46mencapai perjanjian menyeluruh yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan jangka panjang antara kedua-dua negara.
02:53Dan pastinya, laporan lanjut akan terus kami bawakan di semua platform Astro Awani.
02:58Terima kasih.
Comments