00:00Pesawat Perang Israel melancarkan sejumlah serangan udara ke atas kawasan timur dan selatan Lubnan di tengah ketegangan berterusan antara Tel
00:07Aviv dan Hezbollah.
00:09Menurut media rasmi Lubnan, lima serangan udara mensasarkan kawasan Al-Sha'arah, bampiran kampung janta di daerah Balbek.
00:20Letupan dilaporkan dapat didengari sehingga ke bandar Balbek, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
00:26Dalam satu kenyataan, Tentro Israel berkata serangan itu dilaksanakan berdasarkan maklumat risikan terhadap sebuah kemudahan yang didakwa digunakan oleh Hezbollah
00:35untuk pembuatan peluru berpandu dan penyimpanan senjata.
00:39Mereka turut mendakwa kemudahan itu telah diserang beberapa kali sepanjang konflik berlaku dan kini menyasarkan pintu masuk fasiliti berkenaan bagi
00:47menghalang usaha memulihkannya.
00:48Dalam pada itu, dua drone milik rejim Israel dilaporkan meletup di daerah Nabatih dengan satu serangan mengenai sebuah rumah di
00:56Syokin dan satu lagi mengenai bumbung bangunan di Nabatih Al-Fauqah.
01:01Pesawat Perang Israel juga dilaporkan menyerang kawasan Ain Al-Samahiyah serta melancarkan dua serangan tambahan di Kantara.
01:08Serangan itu berlaku meskipun wujud perjanjian rangka kerja yang dimeterai antara Beirut dan Tel Aviv pada Jun lalu bagi mengurangkan
01:15ketegangan dan menggalakkan pengunduran terdiri Israel dari kawasan yang dideluki.