00:00Iran memberi amaran akan memperluas tindakan ketenteraan melangkaui pangkalan tentera Amerika Syarikat sekiranya negara-negara teluk membenarkan Washington menggunakan wilayah
00:09mereka untuk melancarkan serangan terhadap Teheran.
00:12Penasihat kepada Panglima Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC Hamid Reza Mogadamfar berkata Iran akan menggunakan doktrin baru serta teknologi
00:23terkini dalam menghadapi sebarang tindakan ketenteraan oleh Amerika atau Israel.
00:30Menurutnya, negara-negara yang membenarkan wilayah mereka digunakan bagi melancarkan serangan terhadap Iran berdepan risiko menerima tindak balas lebih meluas.
00:39Antara negara yang disebut termasuk Emiria Arab Bersatu, UAE dan Bahrain.
00:45Amaran itu mencerminkan pendirian tegas Teheran terhadap sebarang perlibatan negara jiran dalam Koperasi Ketenteraan Amerika dan Israel sekaligus meningkatkan kebimbangan
00:55terhadap risiko peluasan konflik di rantau teluk.
00:59Ketegangan itu berlaku ketika rantau Asia Barat terus berdepan risiko konfrontasi ketenteraan, susulan perselisihan berpanjangan antara Iran dengan Amerika Syarikat
01:08dan Israel, khususnya berkaitan program ketenteraan serta keselamatan serantau.
01:13Kedudukan strategik negara-negara teluk yang menempatkan kemudahan dan pangkalan tentera Amerika Syarikat turut menjadikan rantau berkenaan berisiko terheret ke
01:22dalam konflik lebih besar.
01:24Sekiranya ketegangan antara Teheran dan Washington terus memuncak.