00:00Bersua kembali, jumlah kapal yang melalui silat hormus menunjukkan peningkatan secara mingguan, namun angka itu masih jauh lebih rendah berbanding
00:08sebelum tercetusnya konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
00:12Menurut operasi perdagangan maritim United Kingdom atau UKMTO, sebanyak 122 kapal keluar dan 155 kapal masuk melalui silat hormus dalam
00:21tempoh 7 hari sehingga 28 Oktober.
00:24Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 114 kapal keluar dan 127 kapal masuk.
00:33Bagaimanapun, UKMTO berkata jumlah tersebut masih sekitar 70% lebih rendah berbanding tahap pergerakan kapal sebelum konflik bermula pada 28
00:41Februari.
00:42Dalam tempoh yang sama, UKMTO merekodkan tiga serangan terhadap kapal di silat hormus.
00:48Menurut agensi itu, sebuah kapal berjaya meneruskan pelayaran, sebuah lagi memerlukan bantuan manakala status sebuah kapal yang lain masih belum
00:56diketahui.
00:57UKMTO turut melaporkan sekurang-kurangnya 144 serangan direkodkan di silat hormus, telur adin dan laut oman sejak konflik itu bermula.
01:06Perkembangan terkini itu menunjukkan risiko keselamatan maritim di laluan tenaga global tersebut masih kekal tinggi.