00:00Seterusnya kita melihat Menteri Luar Iran, Syed Abbas Araqci memberi amaran Amerika Syarikat dan Israel mungkin melancarkan satu lagi perang
00:08terhadap negaranya.
00:10Bagaimanapun, beliau menegaskan Teheran bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan diri sekiranya serangan baharu dilancarkan.
00:17Syed Abbas mendakwa Amerika Syarikat sudah terperangkap dalam percaturan Israel khususnya Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.
00:23Menurutnya Netanyahu bertindak demi matlamat politik peribadi dan bukannya untuk kepentingan rakyat Amerika Syarikat atau Israel.
00:31Netanyahu sebelum ini memberikan reaksi terhadap sokongan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap usaha pemilihan semulingan.
00:37Beliau mendakwa Trump turut mahu menghapuskan sepenuhnya hajaman Iran dan tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Israel lain.
00:44Netanyahu turut mendakwa sudah mengarahkan tentera Israel beragensi perisikan Mossad dan Direktorat Perisikan Tentera untuk mengusahakan perubahan rejim di Iran.
00:53Terima kasih telah menonton!