• 22 minutes ago
Lapan negara termasuk Perancis, Britain dan Australia menggesa Palestin mengadakan pilihan raya presiden serta parlimen pada awal 2027 bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kepimpinan baharu selepas hampir dua dekad tanpa pilihan raya nasional.
Transcript
00:00Lapan negara menggesa pihak berkuasa Palestine mengadakan pilihan raya Presiden dan Parlimen pada suku pertama 2027 bagi memastikan kepimpinan negara
00:11itu mendapat mandat baru daripada rakyat.
00:14Desakan itu disuarakan menerusi kenyataan bersama Menteri Luar Perancis Australia, Belgium, Canada, Luxembourg, Norway, Poland dan Britain yang turut menyatakan
00:25rasa kesal terhadap keputusan menangguhkan pilihan raya berkenaan.
00:30Pilihan raya berkenaan penting bagi memperbaharui kepimpinan Palestine memandangkan negara itu sudah 20 tahun tidak mengadakan pilihan raya nasional.
00:40Pelaksanaan pilihan raya itu juga membolehkan pihak berkuasa Palestine kembali mentakbir Gaza.
00:45Dalam kenyataan sama, lapan negara itu menegaskan sokongan berterusan kepada pihak berkuasa Palestine namun menggesa kepimpinannya memenuhi komitmen berkaitan reformasi
00:54dan pembaharuan demokrasi.
00:55Mereka turut menegaskan sokongan terhadap hak rakyat Palestine menentukan masa depan sendiri serta usaha mencapai penyelesaian dua negara yang membolehkan
01:04Palestine dan Israel hidup bersama secara aman.
01:06Bagaimanapun, Presiden Palestine, Mahmud Abbas bulan lalu menangguhkan pilihan raya Presiden dan Parlimen kepada 11 September 2027 dengan kedua-duanya
01:16dijalankan serentak.
01:17Pilihan raya Parlimen terakhir Palestine diadakan pada 2006 yang menaksikan Hamas memenangi majoriti kerusi.

Recommended