Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Banjir akibat hujan lebat menenggelami khemah penduduk kehilangan tempat tinggal di Gaza City, menambah kesukaran ketika usaha pembinaan semula masih terhalang oleh konflik dan kebuntuan rundingan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hujan lebat membanjiri kemah pelindungan keluarga Palestine yang kehilangan tempat tinggal di Gaza City
00:05menyebabkan penduduk terpaksa meredah air di sekitar kemah masing-masing.
00:09Banjir itu menambahkan kesukaran kehidupan harian keluarga yang kini berdepan musim sejuk ketiga
00:13di kamp penempatan sementara sejak serangan Israel ke atas Gaza.
00:19Seorang wanita Palestine yang kehilangan tempat tinggal, Al-Fat Al-Makdub berkata
00:23beliau amat bimbang menghadapi musim sejuk dalam keadaan sebuah kekurangan.
00:27Beliau turut dilihat berusaha mengalirkan air yang memasuki kawasan kemah bagi mengurangkan kesan banjir.
00:32Dalam perkembangan berkaitan, Israel meningkatkan serangan terhadap Hamas sejak beberapa minggu kebelakangan ini
00:37dengan mendakwa kumpulan itu sudah membina semula kekuatan senjata dan melancarkan serangan yang melanggar genjatan senjata.
00:44Bagaimanapun, Hamas menafikan dawan itu dan menuduh Israel menjejaskan perjanjian damai di Gaza.
00:50Genjatan senjata yang diusahakan oleh syarikat tahun lalu turut menetapkan pembinaan semula wilayah berkenaan.
00:55Namun, usaha itu masih belum menunjukkan kemajuan ketara berikutan kegagalan rundingan mencapai persetujuan
01:00mengenai pelucutan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel.
01:04Ketika ini, tentera Israel mengawal kira-kira 2 per 3 wilayah Gaza selepas mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan perkenaan.
01:11Pihak berkuasa Palestine melaporkan lebih 74,000 orang terbunuh dalam konflik di Gaza
01:15sejak serangan Israel bermula sesulan serangan perjuang pembinaan Hamas ke selatan Israel pada 7 Oktober 2023
01:22yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang.

Recommended