Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Serangan udara Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis mengorbankan enam rakyat Palestin dan mencederakan lebih 20 yang lain, selain menyebabkan kerosakan teruk pada wad rawatan rapi dan pembedahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Serangan udara Israel ke atas kompleks perubatan Nasir di selatan Gaza pada awal pagi Khamis mengorbankan enam rakyat Palestine dan
00:07mencederakan lebih 20 yang lain.
00:10Menurut pertahanan awam Gaza, serangan itu mengenai tingkat dua bangunan al-Yassin di kompleks berkenaan yang terletak di barat Khan
00:18Yunis.
00:19Pengarah hospital itu berkata serangan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk pada wad perawatan rapi dan wad pembedahan.
00:30Radio Tentera Israel mendakwa serangan itu merupakan operasi pembunuhan tanpa memberikan butiran lanjut.
00:36Sementara itu, lima rakyat Palestine terkorban dalam serangan Israel di bandaraya Gaza dan kamp larian Burrage pada Rabu malakala seorang
00:42lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan Israel pada Selasa.
00:47Serangan itu berlaku ketika Israel terus melanggar perjanjian genjata senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025.
00:53Pelanggaran berkenaan telah mengorbankan 1,622 rakyat Palestine dan mencederakan 5,878 yang lain.
01:00Sejak Oktober 2023, serangan Israel di atas Gaza telah mengorbankan lebih 74,600 rakyat Palestine dan mencederakan hampir 176,000
01:09yang lain dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
01:1490% infrastruktur wilayah berkenaan turut musnah.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended