Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Lewis Hamilton menggesa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza selepas menyaksikan sendiri kelewatan penghantaran bekalan di lintasan Rafah ketika krisis kemanusiaan terus berlarutan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Juara dunia Formula One, tujuh kali Lewis Hamilton menggesa Israel membenarkan trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza sesulai lawatan beliau ke
00:09lintasan sempadan Rafah di Mesir.
00:12Pemandu Ferrari berusia 41 tahun itu tiba di El Arish sebelum diberi taklimat mengenai proses penyediaan dan penyelarasan bantuan sebelum
00:20dihantar ke Gaza termasuk ketika melawat lintasan Rafah serta gudang bantuan Bulan Sabit Merah, Mesir.
00:29Menerusi hantaran di Instagram, Hamilton menyifatkan penderitaan rakyat Palestini Gaza sejak tiga tahun lalu sebagai sesuatu yang amat menyedihkan dan
00:36satu ketidakadilan khususnya apabila mereka dinafikan kebebasan, keselamatan serta maruah.
00:42Beliau turut mendedahkan melihat deretan truk makanan yang sudah bersedia di sempadan namun berdepan kelewatan dan halangan berulang sebelum dibenarkan
00:49memasuki Gaza.
00:50Menurutnya, beberapa barangan bantuan di pusat logistik berhampiran turut ditulak atas alasan yang disifatkannya tidak monasabah termasuk beg tidur, kit
00:58pertolongan cemas, peralatan perubatan, kerusi roda dan bola sepak untuk kanak-kanak.
01:02Hamilton menegaskan Israel perlu memenuhi tanggungjawabnya di bawah perjanjian genjata-senjata serta membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sebarang alasan.
01:12Beliau turut mengingatkan masyarakat antarbangsa agar tidak membiasakan diri dengan penderitaan rakyat Gaza atau berpaling daripada krisis kemanusiaan yang berterusan.
01:21Hamilton semuanya aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.
01:23Pada 2021, beliau menubuhkan Badan Kebajukan Mission 44 bagi menyokong gulungan muda serta mempeluas akses mereka kepada pendidikan dan peluang
01:32pekerjaan.

Recommended