• 15 minutes ago
Hamas menolak dakwaan Israel bahawa sebuah bangunan di Hospital Al-Ahli Baptist digunakan sebagai pusat soal siasat, sambil menyifatkannya sebagai cubaan menghalalkan serangan ke atas hospital di Gaza.
Transcript
00:00Hamas menolak dawaan Tentera Israel bahawa salah satu bangunan di Hospital Al-Ali Baptiste di Gaza City digunakan sebagai pusat
00:08soal siasat oleh kumpulan itu.
00:10Kumpulan itu disifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan mendakwa ia bertujuan memberikan alasan kukuh terhadap serangan ke atas
00:18hospital dan kemudahan awam di Semenanjung Gaza.
00:22Dalam satu kenyataan, Hamas berkata hospital di Gaza merupakan kemudahan awam yang terbuka kepada badan awam dan agensi pertubuhan bangsa
00:31-bangsa bersatu yang beroperasi di wilayah itu.
00:35Kumpulan itu turut mendakwa Israel gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dawaan berkaitan penggunaan hospital untuk tujuan ketenteraan.
00:43Hamas berpendapat peningkatan operasi ketenteraan, kepongan dan krisis kemanusiaan di Gaza menunjukkan keazaman Israel untuk meneruskan serangan di wilayah berkenaan.
00:54Dalam pada itu, kumpulan pejuang itu turut menggesa masyarakat antarabangsa dan PBB mengambil tindakan segera bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat
01:03disalurkan kepada penduduk Palestine dan hospital di Gaza terus beroperasi.

Recommended