00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa Israel membenarkan lebih 150,000 kemah dibawa masuk ke Gaza ketika banjir memburukkan krisis
00:09kebersihan di wilayah itu.
00:11Timbalan jurucakap PBB Farhan Haq memaklumkan kemah yang dibeli rakan kemanusiaan dan negara anggota PBB masih menunggu di luar Gaza
00:19kira-kira 117,000 daripadanya berada di Al-Ariş.
00:23Menurutnya bekalan itu sedia dimasuk pada sebaik saja kebenaran diperolehi. Beliau menegaskan penghantaran tidak wajar dilengahkan kerana banjir sudah meragut
00:33nyawa termasuk kanak-kanak.
00:35Haq berkata tiada logi rawatan air sisa di Gaza yang beroperasi. Di Bandar Gaza, hanya 2 daripada 6 pam di
00:42kolam takungan air hujan Sheikh Radwan masih berfungsi.
00:45Keadaan itu menimbulkan kebimbangan bahawa air hujan yang bercampur kumbahan akan melimpah dari kolam takungan berkenaan.
00:52Ketua Bantuan Kemalusiaan PBB Tom Fletcher turut menggesa semua laluan masuk ke Gaza dibuka dan pasar dibenarkan beroperasi.
01:01Beliau menegaskan penderitaan penduduk boleh dijangka dan masih boleh dicegah.