00:00Lembaga keamanan yang diterajui Amerika Syarikat mendesak Perdana Menteri Sementara Israel, Benjamin Netanyahu, supaya melaksanakan sepenuhnya perjanjian genjatan senjata di
00:10Gaza.
00:11Desakan itu dilaporkan dibuat wakil tertinggi lembaga berkenaan bagi Gaza, Nikolai Mladenov, menerusi surat yang dihantar kepada Netanyahu minggu ini.
00:22Menurut laporan The Times of Israel, Mladenov meminta Israel mematuhi plan 20 perkara yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:31bagi menamatkan konflik di wilayah Palestine itu.
00:35Beliau turut menggesa, Netanyahu melaksanakan semua syarat dalam perjanjian genjatan senjata yang dimetrai pada Oktober 2025.
00:43Mladenov dalam surat perkenaan mendakwa, Netanyahu gagal memenuhi komitmen yang dipersetujui menerusi plan berkenaan.
00:50Lembaga Keamanan itu ditubuhkan sebagai sebahagian daripada plan 20 perkara Trump dengan tanggungjawab menyelia pembangunan semula Gaza, pelucutan senjata serta
01:00pentadbiran peralihan oleh badan teknokratik.
01:04Bagaimanapun, Israel sejak kebelakangan ini meningkatkan serangan terhadap Hamas di Gaza, sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap pelaksanaan perjanjian genjatan senjata.