• 8 minutes ago
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membantah cadangan undang-undang yang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri serta melarang individu di bawah pertuduhan jenayah memegang jawatan awam. Dalam masa sama, parlimen Israel memberi kelulusan awal kepada siasatan bebas berhubung serangan Hamas 7 Oktober 2023.

Category

🎵
Music
Transcript
00:00Dalam perkembangan berasingan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak carangan undang-undang baru yang mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.
00:09Beliau turut melarang individu yang berdepan pertuduhan jenayah daripada memegang jawatan tersebut.
00:16Netanyahu menyifatkan carangan itu sebagai usaha penyingkiran politik yang tidak selari dengan prinsip demokrasi.
00:22Kenyataan itu dibuat ketika Parlimen Israel yang dikuasai pembangkang memberi kelulusan awal kepada carangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Bebas berhubung serangan
00:32Hamas pada 7 Oktober 2023.
00:34Siasatan yang dicadangkan bertujuan meneliti kegagalan keselamatan Israel menjelang serangan yang dianggap paling buruk dalam sejarah negara tersebut.
00:44Undian pada Rabu merupakan langkah pertama daripada empat peringkat yang diperlukan sebelum Suruhanjaya berkenaan boleh ditubuhkan secara rasmi.
00:52Netanyahu kini terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sementara selepas gabungan pemerintah hanya kehilangan majoriti Parlimen dalam pilihan raya bulan
01:00lalu.
01:01Sementara itu pemimpin pembangkang Gadai Aizenkot yang diberikan mandat membentuk kerajaan baru masih berusaha mendapatkan sokongan mencukupi untuk menubuhkan gabungan
01:10pemerintahan baru.

Recommended