• 5 minutes ago
Keputusan ICJ dalam kes yang difailkan Gambia akan menentukan sama ada Myanmar melanggar Konvensyen Genosid 1948 terhadap etnik Rohingya, dengan implikasi besar terhadap undang-undang antarabangsa.
Transcript
00:00Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB akan mengeluarkan keputusan yang dinantikan hari ini berhubung kes yang mendakwa Myanmar Genocide
00:09terhadap etnik minoriti Rohingya.
00:12Antara lain, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ itu dibuat tujuh tahun selepas Gambia memfailkan kes berkenaan dan dijangka memberi kesan
00:21melangkaui Myanmar termasuk terhadap kes yang difailkan Afrika Selatan pada 2023 dengan mendakwa Israel melakukan genocide di Gaza.
00:33Di Bangladesh, kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya yang menetap di Kemp Pelarian Cox Bazar sejak melarikan diri daripada
00:41keganasan besar-besaran pada 2017 akan mengikuti keputusan yang dijadualkan dibacakan bermula pukul 10 pagi waktu tempatan dan berlangsung sehingga
00:5090 minit.
00:51Gambia berhujah bahawa Myanmar bertanggungjawab sebagai sebuah negara atas tindakan genocide sesulan operasi ketenteraan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 730,000
01:01penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha.
01:06Misi pencarian fakta PBB sebelum ini menyimpulkan bahawa kempen ketenteraan itu merangkumi tindakan yang bersifat genocide.
01:14Keputusan utama pertama mahkamah itu dalam tempoh lebih sedekat berkaitan pelaksanaan Convention Genocide 1948 akan diteliti secara mendalam oleh pakar
01:23undang-undang bagi memahami bagaimana panel 15 hakim menilai tanggungjawab sesebuah negara dalam dawaan melakukan jenayah antarabangsa.
01:31Hakim akan menentukan sama ada genocide berlaku dan sama ada tindakan yang didakwa dilakukan oleh tentera Myanmar atau agensi kerajaan
01:38lain melanggar kewajipan negara itu di bawah Convention Genocide.
01:42Kes genocide jarang dapat dibuktikan di mahkamah antarabangsa kerana pihak pendakwa perlu membuktikan wujud niat khusus untuk memusnahkan sepenuhnya atau
01:50sebahagiannya sesuatu kumpulan berdasarkan bangsa, etnik, kaum atau agama.
01:54Sejak peristiwa holokos, mahkamah antarabangsa hanya mengiktiraf genocide dalam beberapa kes termasuk pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994, pembunuhan
02:04di Srebrenica, Bosnia pada 1995 serta kekejaman rejim Khmer Rouge di Kemboja pada penghujung 1970-an.

Recommended