Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Tucker Carlson mengkritik dasar Donald Trump dan mendakwa kepentingan Israel diberi keutamaan berbanding rakyat Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Tucker Carlson mendakwa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meletakkan kepentingan Israel mengatasi rakyat Amerika.
00:09Menurutnya, keputusan dasar luar Trump khususnya berkaitan konflik di Asia Barat telah menjejaskan kepentingan rakyat Amerika Syarikat.
00:18Beliau menyifatkan tindakan seorang pemimpin yang mengutamakan negara lain berbanding rakyat sendiri sebagai sesuatu yang tidak wajar.
00:25Carlson turut mengkritik penglibatan berterusan Washington dalam konflik di Asia Barat yang menurutnya memberi kos besar kepada Amerika Syarikat.
00:34Katanya campur tangan ketenteraan yang berulang kali di rantau itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Amerika, melemahkan pengaruh negara dan
00:42memberi tekanan kepada ekonomi.
00:45Dalam pada itu, Carlson turut menyebut nama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang telah mempengaruhi dasar Amerika Syarikat sejak beberapa
00:52dekad lalu.
00:54Kenyataan itu dibuat ketika pentadbiran Trump berdepan kritikan berhubung konflik dengan Iran yang turut dikaitkan dengan kemerosotan sokongan terhadap parti
01:02Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal.
01:05Sebelum ini, naik Presiden J.D. Vance turut menyatakan bahawa konflik dengan Iran menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada
01:11kekalahan parti Republikan.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended