00:00Iran pada Jumaat menuduh Amerika Syarikat melancarkan perang pencerobohan yang menyalahi undang-undang terhadap Teheran.
00:06Republik itu memberi amaran akan bertindak balas serta-merta dan tegas sekiranya Washington atau Israel melancarkan semula serangan ketenteraan.
00:14Kenyataan keras itu disuarakan timbalan wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Golam Hussein Darzi, ketika mesyuarat Majlis
00:22Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat.
00:27Beliau menuduh negara-negara Barat memutabelikan fakta dan mengabaikan punca sebenar ketegangan di rantau berkenaan.
00:33Darzi berkata Iran menyertai mesyuarat itu bagi menjelaskan asal-usul konflik sambil mendakwa beberapa anggota Majlis Keselamatan khususnya wakil negara
00:41Barat menggambarkan pihak yang melakukan pencerobohan sebagai mangsa.
00:45Beliau menyifatkan pendirian beberapa anggota Majlis itu sebagai mencerminkan amalan dui standar dan sikap hipokrit yang ketara.
00:52Mengulas kenyataan wakil Amerika, Darzi berkata Washington tidak mempunyai asas undang-undang, politik maupun moral untuk menasihati atau menuduh Iran.
01:00Beliau turut menuduh Washington melancarkan perang tanpa alasan terhadap Iran sekaligus melanggar pihak Pertubuhan PBB dan prinsip asas undang-undang
01:07antarabangsa.
01:08Darzi juga mendakwa Amerika mencabuli kedaulatan dan keutuhan wilayah Iran, mengebom infrastruktur awam, mengancam untuk menghapuskan penduduk negara itu serta
01:17menggunakan sekatan ketenteraan dan maritim.
01:19Diplomat Iran itu menegaskan bahawa tiada resolusi Majlis Keselamatan PBB boleh menafikan hak asasi sesebuah negara anggota untuk mempertahankan diri
01:28daripada serangan bersenjata.