00:00Iran menuntut pampasan berhubung kerosakan alam sekitar akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel sambil menggesa isu itu diberi perhatian dalam
00:08usaha global menangani perubahan iklim.
00:10Presiden Iran, Masud Pezishkan, menyampaikan tuntutan itu pada hari ketiga Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, COP31, di Turki.
00:23Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan pertubuhan relevan supaya mengaitkan komitmen iklim pada waktu aman dengan tanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar
00:31ketika perang.
00:32Pezishkan turut meminta kerosakan alam sekitar yang dikaitkannya dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel di Iran dan Gaza direkodkan bagi
00:40memperkukuh mekanism pampasan.
00:42Amerika Syarikat dan Israel melancarkan kempen ketenteraan terhadap Iran pada akhir Februari.
00:47Konflik itu kemudian merebak ke Lubnan dan kawasan Teluk dengan infrastruktur tenaga dan kapal di rantau itu turut menjadi sasaran.
00:55Iran juga berulang kali menyerang kapal tangki minyak yang melalui selat hormus.
00:59Serangan dalam konflik itu menyebabkan kerosakan alam sekitar termasuk tumpahan minyak berskala besar.