00:00Terima kasih Hasimi atas laporan tersebut.
00:03Selanjutnya, Malaysia bersedia memperluas kerjasama digital dengan Palestine menerusi cadangan mewujudkan Koridor Digital Rentas Sempadan
00:11bagi menyokong usaha pembangunan semula wilayah itu khususnya di Gaza, Ramallah dan Tebing Barat.
00:19Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil berkata,
00:21inisiatif berkenaan boleh menjadi platform untuk berkongsi kepakaran serta memperkukuh aspek kesaling hubungan dan ekonomi digital.
00:33Digital Majlis yang sedang direncana oleh pihak GSMA bersama dengan pihak Qatar
00:41untuk meningkatkan dan mengeratkan hubungan antara negara dalam menyelesaikan masalah.
00:47Kita nampak dalam perbincangan di ITU Blending Potentiary ini
00:52banyak berkisah sekitar isu keboleh percayaan komunikasi digital
01:02dan juga isu yang melibatkan sama ada harga handset, harga phone
01:10yang perlu dikurangkan untuk membolehkan lebih ramai menikmati internet
01:16dan kita juga ada membincangkan apa disebut interoperability
01:23yang membolehkan banyak daripada peralatan, perkakasan telekomunikasi ini
01:29saling bercakap antara satu sama lain tanpa mengira datang dari negara mana.
01:36Fahmi juga mencadangkan supaya Digital Majlis membentuk Sekretariat Kerja
01:41dalam tempoh 90 hari bagi mengumpulkan maklumat negara yang mengambil bahagian
01:46selain menentukan bidang kerjasama yang berpotensi.
01:49Beliau berkata pelaksanaan boleh dimulakan melalui projek perintis
01:54melibatkan dua pasaran sebelum diperluas kepada penyertaan negara lain.
01:58Fahmi kini mengetuai Delegasi Malaysia Kepersidangan Perwakilan Penuh
02:03Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026
02:06yang diadakan di Doha, Qatar dari 6 hingga 11 November.