Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Mesir menghantar lebih 280 lori bantuan kemanusiaan bagi membantu menangani kekurangan bekalan roti dan keperluan asas di Gaza.
Transcript
00:00Mesir telah menghantar lebih 280 lori bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi membantu menangani krisis kekurangan bekalan roti yang semakin meruncing
00:10di wilayah itu.
00:12Menurut Bulan Syabit Merah Mesir ERC, lebih 90 lori telah dihantar pada ahad menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 280 lori sejak
00:22minggu lalu.
00:24Bekalan tersebut merangkumi tepung, bakul makanan serta pelbagai keperluan asas yang akan diserahkan kepada jawatan kuasa bantuan Mesir di Gaza
00:32untuk diagihkan kepada kedai roti dan penduduk yang terjejas.
00:37ERC berkata konvoi terkini membawa lebih 3,676 tan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan, bahan api dan barangan bantuan
00:46lain.
00:47Bahan api itu akan digunakan bagi menyokong operasi hospital, kedai roti dan kemudahan awam penting di Gaza.
00:55ERC memaklumkan bahawa ia merupakan konvoi bantuan ke-302 yang dihantar Mesir sejak pelancaran inisiatif bantuan kemanusiaan pro-Gaza pada
01:04Julai 2025.
01:06Menurut ERC, lebih 1 juta tan bantuan telah diagihkan setakat ini dengan sokongan lebih 75,000 sukarelawan.
01:13Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan empat kematian baru dan 14 kecederaan direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir lalu.
01:24Angka itu menjadikan jumlah korban sejak genjatan senjata Israel Hamas berkuatkuasa pada Oktober 2025 meningkat kepada 1,551 kematian dan
01:355,573 kecederaan.

Recommended