Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Iran menegaskan ia tidak akan membuka semula Selat Hormuz atau kembali ke meja rundingan sehingga tujuh syarat baharu dipenuhi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bersua kembali. Iran menegaskan ia tidak akan membuka semula selat hormus atau kembali ke meja rundingan selagi tujuh syarat baru
00:08yang dikemukakan melalui saluran perantara tidak dipenuhi.
00:12Setuasat Majlis Tertinggi Keselamatan Negeri Iran Mohsen Rezai berkata Teheran tidak akan kembali kepada pendekatan diplomasi lama namun pada masa
00:19sama tidak menolak diplomasi sepenuhnya.
00:27Jelas beliau Iran tidak lagi berminat dengan sebarang perjanjian yang hanya bergantung kepada jaminan politik tanpa mekanisme yang lebih kukuh.
00:36Mohsen berkata keutamaan Iran ketika ini adalah untuk meredakan ketegangan namun tindakan AS memanjangkan konflik hanya akan menjadikan Iran lebih
00:44kuat.
00:45Beliau turut memberi amaran bahawa Iran akan menggunakan keupayaan baru yang dimilikinya untuk menyasarkan aset-aset Amerika Syarikat di rantau
00:53berkenaan sekiranya perperangan terus berpanjangan.
00:56Antara sasaran yang dinyatakan termasuk kemudahan kabel dan infrastruktur berkaitan kecerdasan buatan atau AI.
01:03Mohsen turut mengakui bahawa sekatan yang berpanjangan akan memberi kesan kepada Iran namun menegaskan negara itu akan terus bertahan.
01:10Beliau berkata pihaknya turut menyasarkan lima kapal penyeludup setiap malam sepanjang dua hingga tiga bulan kebelakangan ini.
01:18Ketegangan memuncak selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari lalu yang mendorong Tehran melancarkan tindak balas menggunakan
01:27peluru berpandu dan drone serta menutup secara efektif selat hormus.
01:31Usaha memeterai perjanjian damai melalui Memorandum Persefahaman yang dimeterai pada Jun lalu pula dilaporkan tergendala akibat perselisihan berhubung isu navigasi
01:41dan keselamatan di laluan perairan strategi itu.
01:44Terima kasih telah menonton!

Recommended