00:00Selepas ini, kumpulan Houthi di Yaman mengancam untuk menyasarkan pelabuhan jedah dan semua pelabuhan lain milik Arab Saudi di sepanjang
00:08pantai Laut Merah, susulan dawaan serangan Riyadh terhadap pelabuhan Ras Isa di Yaman.
00:14Ancaman itu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua pihak ketika sasaran serangan kini turut melibatkan kemudahan ekonomi dan infrastruktur pelabuhan.
00:26Televisyen Al-Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan serangan Arab Saudi menyasarkan pelabuhan Ras Isa di wilayah Hodidah, barat Yaman yang
00:35menjadi laluan utama import bahan api ke kawasan di bawah kawalan kumpulan itu.
00:40Sebelum serangan, Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi mengeluarkan arahan supaya orang awam mengosongkan kawasan pelabuhan berkenaan atas faktor keselamatan.
00:48Sebagai tindak balas, Houthi menggesa pekerja serta penduduk di sekitar pelabuhan Arab Saudi di pesisir Laut Merah segera meninggalkan kawasan
00:57itu.
00:58Kumpulan berkenaan turut meminta syarikat perkapalan mengalihkan kapal masing-masing dari pelabuhan terbabit.
01:04Pelabuhan Ras Isa sebelum ini berfungsi sebagai terminal ekspor minyak mantas sebelum perang Yaman tercetus pada 2014.
01:11Kemudahan itu juga pernah menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat pada April 2025 dan Israel pada Julai tahun yang sama.
01:19Terima kasih telah menonton!