00:00Seorang rakyat Palestine maut manakala seorang lagi cedera dalam serangan drone Israel yang menyasarkan sebuah khemah penempatan orang awam di
00:08tengah Gaza awal pagi Khamis.
00:11Sumber perubatan memaklumkan drone berkenaan melepaskan dua peluru ke arah khemah sekaligus.
00:16Mangsa penduduk berpindah di barat Al-Zawaida.
00:20Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Abdul Walid Matar.
00:24Dalam masa sama, berdilan meriam oleh tentera rejim Zionis turut dilaporkan menyasarkan kawasan timur bandar Gaza.
00:30Kapal-kapal tentera laut Israel juga dilaporkan melepaskan tembakan ke arah pesisir pantai Gaza, manakala satu serangan drone turut dilaporkan
00:37mengenai kawasan Al-Karama.
00:39Di selatan Gaza pula, rejim Israel melaksanakan operasi merobohkan struktur di Kan Yunis.
00:45Selain itu, pada selasa, tiga rakyat Palestine terkorban akibat serangan Israel dan kecederaan yang dialami dalam serangan terdahulu.
00:51Antara mangsa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang maut selepas serangan drone, Israel, mengenai kemah berhampiran taman perbandaran Gaza.
01:00Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sejak gencatan senjata dilaksanakan, pelanggaran oleh rejim Zionis telah mengorbankan 1,599 rakyat Palestine dan mencederakan
01:095,774 yang lain.