• 4 minutes ago
Fatah menggesa masyarakat antarabangsa menterjemahkan solidariti terhadap rakyat Palestin kepada tindakan nyata termasuk menyokong pengiktirafan Palestin di PBB serta menamatkan pendudukan dan sekatan ke atas Gaza.
Transcript
00:00Gerakan Fatah menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan lebih tegas bagi menematkan pendudukan Israel terhadap wilayah Palestine.
00:08Dalam kaitaan sepenuh hari solidariti antarabangsa bersama rakyat Palestine, Fatah menegaskan bahawa kecaman saja tidak lagi mencukupi.
00:19Fatah turut menggesa pengitirafan Palestine sebagai anggota penuh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.
00:24Gerakan itu juga menyuruh kerajaan dunia agar memberi tekanan kepada Israel supaya menarik balik sekatan terhadap Gaza dan menamatkan pelbagai
00:33sekatan ke atas pihak berkuasa Palestine.
00:36Sementara itu, anggota jawatan kuasa eksekutif pertubuhan pembebasan Palestine PLO, Ahmed Abu Huli, menggesa sokongan antarabangsa diteruskan kepada UNRWA.
00:46Beliau berkata agensi itu memainkan peranan penting dalam membantu jutaan pelarian Palestine di rantau Asia Barat.
00:52Ahmed turut menggesa konflik di Gaza ditamatkan segera selain penghantian operasi ketenteraan di kamp-kamp pelarian Palestine.
01:00Hari Solidariti Antarabangsa bersama rakyat Palestine disambut setiap 29 November bagi meningkatkan kesedaran global mengenai hak dan perjuangan rakyat Palestine.

Recommended