00:00Penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze
00:04manakala rakyat Malaysia digalakkan menyah pasang aplikasi itu
00:07bagi mengurangkan risiko pendedahan data.
00:10Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara MKN, Raja Dato' Nur Syirwan Zanad Abidin berkata
00:15kebimbangan itu melibatkan pengumpulan data lokasi, pergerakan dan aktiviti pengguna.
00:23Menurutnya pengumpulan data boleh berlaku walaupun aplikasi tidak digunakan secara aktif
00:28bergantung kepada tetapan peranti.
00:30Keputusan kerajaan dibuat berdasarkan aspek keselamatan data serta perubahan terma penggunaan Waze
00:36yang menetapkan Undang-Undang Israel sebagai undang-undang terpakai.
00:40Nur Syirwan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap hak rakyat dan kedaulatan negara
00:45termasuk memastikan data negara tidak tertakluk kepada bidang kuasa Israel.
00:50Sementara itu, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Cyber Negara IR Dr. Megad Zuhairi Megad Tajuddin berkata
00:56penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam boleh menimbulkan ancaman keselamatan negara.
01:02Beliau berkata perkembangan teknologi kecerdasan buatan AI membolehkan data lokasi dan pergerakan dianalisis
01:08untuk mengenalpasti corak pergerakan individu termasuk pegawai kerajaan yang menjadi sasaran.
01:14Justeru langkah proaktif perlu diambil bagi mengelakkan data berkenaan disalahgunakan
01:18untuk tujuan jenayah atau mengancam keselamatan negara.