Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pentagon dilaporkan bersedia melancarkan operasi ketenteraan baharu terhadap Iran dalam tempoh 96 jam sekiranya menerima arahan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Transcript
00:00PENTAGON
00:03Baik, Pentagon dilapor bersedia melancarkan operasi ketenteraan baru terhadap Iran dalam tempoh 96 jam sekiranya menerima arahan daripada Presiden Amerika
00:13Syarikat, Donald Trump.
00:14Menurut laporan CNN, kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat yang ditempatkan di Asia Barat ketika ini dianggap mencukupi untuk melaksanakan serangan berpotensi
00:22berskala besar terhadap Iran.
00:25Laporan itu menyebut terdapat pegawai Amerika yang percaya arahan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sebelum penghujung tahun ini,
00:33terutama selepas pilihan raya pertengahan penggal negara berkenaan.
00:37Operasi yang dirancang dikatakan tidak hanya tertumpu kepada sasaran taktikal seperti radar atau pelancar peluru berpandu, sebaliknya boleh melibatkan sasaran
00:45yang lebih strategik.
00:46Minggu lalu, New York Times melaporkan Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan pelan untuk kemungkinan melancarkan semula serangan terhadap Iran.
00:55Sasaran yang disebut termasuk infrastruktur tenaga, kemudahan nuklear, serta aset peluru berpandu dan drone negara itu.
01:02Menurut sumber perisikan Amerika, Iran dan kumpulan Houthi tidak dijangka melancarkan serangan pencegahan terhadap kepentingan Amerika Syarikat atau Israel buat
01:11masa ini.
01:11Namun kedua-duanya dipercayai akan bertindak balas sekiranya Iran diserang terlebih dahulu.
01:18Setakat ini belum ada pengesahan bahawa Presiden Trump akan meluluskan operasi ketenteraan baru itu.
01:23Beliau sebelum ini, beberapa kali dilaporkan membatalkan rancangan untuk kembali kepada konflik berskala besar di rantau berkenaan.

Recommended