00:00Polis berjaya menumpaskan kumpulan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dikenali sebagai geng Tok Wan dalam satu serbuan di Kubang
00:10Pasu, Kedah.
00:12Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintender Mohd Razie Abdul Rahim berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah
00:21narkotik IPD Kubang Pasu, kira-kira jam 9.50 malam selasa lalu.
00:28Empat lelaki berusia antara 43 hingga 67 tahun ditahan dengan rampasan dadah jenis ganja seberat 3.179 kg bernilai RM9
00:39,600.
00:40Serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Wang, Kampung Manggol itu dilakukan hasil maklumat risikan.
00:46Menurut beliau, seorang suspek cuba melarikan diri ke bahagian belakang rumah sebaik menyedari kehadiran polis namun berjaya ditahan.
00:54Pemeriksaan ke atas suspek menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi tiga bungkusan kecil berisi tumbuhan mampat di syakir ganja seberat
01:033.119 kg.
01:06Dalam serbuan sama, polis turut menahan tiga lelaki lain yang berada di ruang tamu rumah perkenaan.
01:11Pemeriksaan lanjut menemui dadah jenis bunga ganja seberat 8.58 gram serta satu lagi bungkusan tumbuhan mampat di syakir ganja
01:20seberat 51.45 gram.
01:23Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua empat suspek positif dadah jenis tetrahidrokanabinol atau THC.
01:31Polis percaya suspek berusia 61 tahun merupakan ketua kumpulan berdasarkan tindakan yang cuba melarikan diri bersama bungkusan dadah ketika serbuan.
01:40Siasatan awal mendapati bekalan dadah dipercayai diperoleh daripada pengedar tempatan untuk pasaran sekitar kuban pasu.
01:48Polis kini sedang mengesan individu yang dipercayai membekalkan dadah berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
01:54Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.