Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Presiden Israel memberikan mandat kepada Gadi Eisenkot untuk membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya yang menghasilkan Parlimen tergantung.
Transcript
00:00Ketua Pembangkang Israel Gadi Ezenkot secara rasmi diberikan mandat untuk membentuk kerajaan baru oleh Presiden Israel Isaac Herzog sesudah keputusan
00:08pilihan raya Parlimen yang gagal memberikan majoriti kepada mana-mana blok politik.
00:13Perlantikan itu dibuat selepas Herzog mengadakan sesi perundingan dengan parti-parti politik yang diwakili dalam Parlimen Israel.
00:21Menurut Herzog, Ezenkot mendapat sokongan 67 ahli Parlimen berbanding 46 yang menyokong Perdana Menteri Sementara Benjamin Netanyahu.
00:30Mengikut Undang-Undang Israel, Ezenkot diberi tempoh 28 hari untuk membentuk kerajaan dengan kemungkinan lanjutan sehingga 14 hari lagi sekiranya
00:38diperlukan.
00:39Ketika menerima mandat berkenaan, Ezenkot menyifatkan Israel kini berdepan satu krisis nasional yang kritikal dan memerlukan perubahan kepimpinan dengan segera.
00:49Katanya negara itu masih berdepan cabaran keselamatan, krisis politik dan cabaran diplomatik yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil.
00:57Beliau turut berhasrat untuk membentuk kerajaan kecemasan nasional dan menjemput parti likut pimpinan Netanyahu serta Religious Zionism menyertai gabungan berkenaan.
01:08Tambahnya semua parti perlu bersedia untuk bertolak ansur bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk dan mengelakkan satu lagi pilihan raya
01:16diadakan.
01:16Walaubagaimanapun, Ezenkot masih perlu mendapatkan sokongan tambahan bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mempunyai majoriti yang stabil di Parlimen.

Recommended