Farhan Hakimi yang meninjau situasi kempen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 di Miri melihat rekod pentadbiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terus menjadi naratif utama yang diketengahkan pemimpin gabungan itu.

#PRNSarawak #SarawakMemilih
Transcript
00:00Rekod pentadbiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus menjadi naratif utama yang diketengahkan pemimpin gabungan parti Sarawak
00:08GPS pada hari kedua kempen pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13 kali ini.
00:14Dan pencapaian kerajaan negeri, khususnya dalam memacu pembangunan di Sarawak, dilihat sebagai antara asas untuk mendapatkan mandat berterusan daripada rakyat.
00:23Wartawan Farhana Hakimi ada perinciannya.
00:28Baik, terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil memasuki hari kedua kempen pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13.
00:36Tentunya fokus dan tumpuan kita terarah kepada naratif kempen yang dipawa oleh parti-parti yang bertanding pada PRN kali ini
00:45dan saya secara peribadinya ditugaskan untuk meninjau program GPS di Miri ini.
00:52Dan sebenarnya saya memulakan hari saya ke majlis pecah tanah projek Lebuh Raya Trans Borneo LTB Seksyen Miri dan projek
01:01menaik taraf jajaran Red Line Lebuh Raya Pan Borneo LTB Sarawak Short Stretch.
01:07Yang mana ini adalah usaha kerajaan, kerajaan persekutuan memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya di Sarawak terutamanya di bahagian utara.
01:15Kata Menteri Kerja Raya Dato' Alexander Nantalinggi yang merasmikan program ini, perjalanan dari Selatan dan Tengah Sarawak ke Miri serta
01:25dari Miri ke pintu masuk sempadan
01:27kerana kita tahu Miri ini bersempadan dengan negara Brunei Darussalam, dijangka lebih lancar apabila kedua-dua projek itu selesai.
01:36Dan saya kemudian ke program mobilisasi perdana GPS di Miri yang dihadiri oleh Dato' Sri Alexander Nantalinggi tetapi peranan beliau
01:46berubah sedikit apabila beliau memberi ucapan selaku setiusaha agung GPS.
01:53Dan apa yang dikatakan beliau adalah rekod pembangunan dan juga pencapaian pentadbiran perlu menjadi ukuran sokongan rakyat terhadap gabungan parti
02:03Sarawak GPS pada pilihan raya negeri kali ini.
02:07Dalam menilai keupayaan gabungan itu meneruskan usaha memajukan negeri.
02:11Katanya keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping dibina menerusi hasil kerja dan juga pencapaian
02:19pentadbiran beliau selaku ketua tertinggi negeri ini sebelum PRN ini diadakan.
02:26Ini juga menjadi naratif utama dalam mana-mana program kempen GPS yang saya hadiri.
02:32Umpamanya saya pada ketika ini berada di majlis pelancaran jentera kempen GPS dan memperkenalkan calon N77 Telang Usan dan N78
02:41Mulu yang disempurnakan adun GPS bagi kerusi Dun Bukit Saban Dato' Ahmad Douglas Ugah Embas yang sebelum ini pada Sabtu
02:49lalu menang tanpa bertanding.
02:50yang mana beliau juga merupakan pengarah operasi pilihan raya gabungan parti Sarawak GPS.
02:57Juga naratifnya sama seperti yang saya nyatakan tadi melihat kepada rekod pentadbiran Abang Johari Tun Oping selaku Premier Sarawak dan
03:08juga gabungan itu secara keseluruhannya.
03:11Ini juga menarik untuk kita lihat kerana adakah rakyat di Sarawak masih meyakini segala rekod pentadbiran yang dibawa oleh calon
03:26-calon GPS yang bertanding pada kali ini.
03:28ini tentunya persoalan itu akan terjawab pada 12 Disember nanti tetapi berdasarkan hasil tinjauan saya di lapangan kebanyakannya berpuas hati
03:39dengan rekod pentadbiran di bawah pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Oping selaku Premier Sarawak.
03:45tetapi seperti yang saya nyatakan tadi proses demokrasi itu tetap perlu dijalankan walaupun sebelum ini yang kita ketahui 29 calon
03:53GPS pada PRN Sarawak kali ini menang tanpa bertanding.
03:58tentunya segala cerita-cerita mengenai persaingan politik di kawasan-kawasan dun yang terlibat bukan sahaja di Miri tetapi juga di
04:06kawasan-kawasan lain di Sarawak ini anda boleh terus ikuti di semua platform Sarawak ini kerana bukan sahaja saya yang
04:12akan melaporkan mengenai cerita-cerita rakyat dan juga persaingan politik.
04:16ada juga rakan-rakan setugas lain yang ditugaskan di beberapa kawasan di Sarawak ini.
04:21mempunyai syaf syukri di Kucing dan juga rakan saya kali sekadir di Sibu.
04:27tentunya ada pelbagai cerita-cerita rakyat yang menarik untuk anda ketahui dan juga dengar dan juga nilai sendiri berdasarkan bukan
04:40sahaja cerita rakyat tetapi segala data di lapangan yang dicerap dan juga dilaporkan kepada penonton Sarawak ini.
04:47untuk waktu ini kita kembali ke rakan setugas di Bukit Jalil.
04:51Bukit Jalil.

Recommended