00:00Ketua Komando Pusat Amerika Syarikat Senkom Brad Cooper berkunjung ke Tel Aviv bagi mengadakan perbincangan bersama pegawai kanan ketenteraan Israel
00:08sesulah laporan mengenai kemungkinan operasi baru terhadap Iran.
00:12Menurut media Israel, Cooper bertemu Ketua Staf Angkatan Tentera Israel Iyal Zamir serta beberapa pegawai kanan ketenteraan sepas tiba di
00:21Tel Aviv.
00:24Lawatan itu disifatkan sebagai sebahagian daripada kunjungan berkala bagi memperkukuh penyelarasan keselamatan dan kerjasama ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Israel.
00:35Bagaimanapun media tempatan melaporkan, lawatan berkenaan mungkin bertujuan meningkatkan penyelarasan menjelang sebarang perkembangan baru berkaitan Iran.
00:43Lawatan Cooper menyusul selepas kunjungan Komando Armada ke-5 Amerika Syarikat, Kurt Ranshaw yang berakhir Jumaat lalu.
00:50Dalam lawatan itu, Ranshaw mengadakan perbincangan dengan Komando Tentera Laut Israel Iyal Haril berhubung operasi maritim dan kerjasama ketenteraan.
00:59Media Israel turut melaporkan pihak berkuasa Israel masih meletakkan angkatan tentera dalam keadaan berwaspada susulan kemungkinan serangan terhadap Iran.
01:07Menurut sumber yang dipetik penyiara awam Israel, Perdana Menteri Sementara Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel Kats mengekalkan arahan agar
01:16tentera terus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
01:18Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran masih berterusan susulan konflik yang tercetus sejak Februari lalu.