• 6 minutes ago
Kempen ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran sejak Februari lalu dianggarkan menelan kos AS$48.3 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kempen ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran dianggarkan menelan kos sekitar $48.3 bilion sejak konflik itu bermula pada akhir Februari
00:09lalu.
00:09Angka itu didedahkan oleh calon penolong setiusa tentera laut Amerika bagi pengurusan kewangan dan pengawalan Arthur Miller ketika sesi pengesahan
00:18pelantikannya dihadapan jawatan kuasa perkhidmatan bersenjata senat Amerika Syarikat.
00:26Menurut beliau, jumlah tersebut merangkumi kos penggunaan senjata, pergantian peralatan ketenteraan dan perbelanjaan operasi yang ditanggung sepanjang konflik berkenaan.
00:35Bagaimanapun, Miller menjelaskan anggaran itu tidak merangkumi kos membaik pulih pengkalan dan kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat di Asia Barat yang
00:42rusak kewangan serangan Iran.
00:43Ketika menjawab pertanyaan Senator Richard Blumenthal, beliau mengakui tidak mempunyai anggaran sebenar berkaitan kos pembaikan tersebut.
00:51Konflik berkenaan bermula selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari sebelum kedua-dua pihak
00:58mencapai gencatan senjata pada April.
01:00Namun, pertempuran kemudiannya tercetus semula apabila rundingan gagal mencapai kemajuan walaupun kedua-dua pihak menandatangani memorandum bersefahaman pada Jun lalu.
Comments

Recommended