00:06Iran menegaskan tidak akan membenarkan bahan nuklear diperkaya dibawa keluar dari negara itu sambil memberi amaran akan bertindak balas jika
00:14AS melancarkan serangan baharu.
00:17Ketua Keselamatan Iran Mohsin Rezai berkata Tehran telah memaklumkan kepada Moskow bahawa bahan nuklear berkenaan akan kekal di Iran untuk
00:24kegunaan negara itu sendiri.
00:30Dalam temu bual dengan stesen televisyen Al-Mayadeen di Lubnan, Mohsin berkata tiada rundingan sudah berlangsung antara Tehran dan Washington.
00:37Beliau turut memberi amaran bahawa jika AS menyerang lagi, tindak balas Iran tidak akan terhad kepada pengkalan tentera Amerika yang
00:43berdekatan.
00:45Kenyataan itu menyusul selepas pegawai AS memberi isyarat bahawa tindakan ketenteraan tambahan terhadap Iran tidak diperlukan.
00:52Mohsin menambah Iran sedang mereh ke bentuk kapal dan kapal selam berkuasa nuklear.
00:56Rusia sebelum ini menawarkan untuk membawa keluar uranium dari Iran sebagai sebahagian daripada potensi perjanjian bagi meredakan kebimbangan Washington namun
01:05menyerahkan keputusan itu kepada Tehran.
01:08Agensi tenaga atom antarabangsa IAEA menganggarkan Iran memiliki 440.9 kg uranium yang diperkaya pada tahap 60% ketika AS
01:18dan Israel menyerang kemudahan nuklearnya pada Jun 2005.
01:22jumlah yang masih ada selepas serangan itu bagaimanapun tidak diketahui.
01:27AS, Israel dan beberapa negara barat telah lama mendakwa Iran berusaha membangunkan senjata nuklear.
01:34Tehran menafikan dawaan itu.