Skip to playerSkip to main content
Tempe Goreng Berempah, Hidangan Ringkas Penuh Rasa

Sajian tempe goreng ini diinspirasikan daripada rasa tradisional, digaul bersama rempah pilihan yang menaikkan aroma dan keenakannya.
Sesuai dijadikan lauk sampingan atau kudapan petang yang rangup dan menyelerakan.


BAHAN-BAHAN:
6 ulas bawang putih – tumbuk/ lenyek sampai hancur
2 keping tempe
2 sudu makan biji ketumbar – tumbuk
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
Air secukupnya
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
3 biji cili padi
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipe #dapurrasa #ingatmakaningatrasa
#TempeBerempah #ResipiMudah #MasakanRumah #TempeGoreng #HidanganTradisional #MasakBersama
Transcript
00:00Hei, Muaz.
00:01Ya, saya.
00:02Kalau tempeh selalu kau suka makan macam mana?
00:04Sambal tempeh macam biasa kita makan tu lah.
00:06Hari ni kita nak buat lain sikit, tempeh goreng berempah.
00:10Oh, macam mana nak buat dia?
00:11Tadi tu dah terlepas lah kita punya bahan-bahan tumbuk tu.
00:15Ada orang baca ke? Jangan risau, kita teruskan.
00:17Kita teruskan, lepas tu kita buat lah banjohan dia punya tepung.
00:21Oh, terlalu pekat ke? Kena cair sangat ke? Macam mana?
00:25Kelikatan atau ke apa?
00:27Kepekatan?
00:27Kepekatannya macam ni lah.
00:30Lepas tu letaklah bahan-bahan lain.
00:32Akan letak daun sup, daun bawang dan bahan tumbuk yang kita tadi dengan cili padi.
00:36Kalau nak pedas letak lebih lah.
00:38Letak lebih lah. Macam biasa lah.
00:40Mana rempah yang kita nak kena letak tu nanti kak?
00:42Tadi kau suruh kita teruskan.
00:44Dah terlepas. Tadikah kak dah tumbuk.
00:46Oh, iya ke? Kau orang kena peka, kena peka.
00:49Maksudkanlah tempeh yang kita dah potong.
00:51Nak potong nipis ke, tebal ke, suka hatilah.
00:54Oh, kalau nipis dia lagi rangup kan kak?
00:56Lagi rangup, lagi sedap.
00:57Kita nak goreng sampai dia warna apa kak?
01:00Warna perang lah. Macam biasa kau ni.
01:01Macam tak pernah goreng juga.
01:03Alah, asyiklah kadang-kadang.
01:04Buat-buat tanya.
01:04Buat-buat tanya.
01:05Kau sahaja, kau sahaja.
01:07Dah terbalik-terbalikkan.
01:09Dah garing macam ni.
01:10Bolehlah angkat.
01:12Oh, ni kalau makan.
01:13Makan kosong macam ni ke?
01:14Eh, mestilah ada.
01:16Sampai kicap.
01:17Makan dengan nasi ataupun makan ratah.
01:19Kicap sampai kicap memang fuh.
01:21Ui, memang terkebang ni kak makan ni kak.
01:22Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended