Skip to playerSkip to main content
Kalau biasa guna asam gelugur buat masak. Kali ni kita guna pucuk gelugur pula! Bila masak bersama sambal, rasa masam daripada pucuk gelugur tu buat rasa lagi sedap. Lauk kampung macam ni memang paling bahaya kalau ada nasi putih panas. Tak perlu lauk banyak-banyak, Sambal Ayam Pucuk Gelugur ni sahaja dah boleh buat bertambah nasi. Jom cuba!

SAMBAL AYAM PUCUK GELUGUR

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil,
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 genggam pucuk gelugur- hiris nipis
10 biji cili padi (ikut pedas)
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sambalayampucukgelugur #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, korang pernah tak makan sambal ayam pucat gelugur?
00:03Sedap tau!
00:04Kalau jumpa daun gelugur ni dekat pasar, nanti boleh beli dan cuba resipi ni.
00:08Jom kita masak.
00:09Mula-mula sekali, satukan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
00:13Ayam tu potong kecil-kecil je.
00:15Gauh sampai rata.
00:16Goreng ayam sampai masak dan sedikit garing.
00:18Angkat dan ketepikan.
00:20Lepas tu, kisah pula cili padi, cili merah, bawang besar dan bawang putih.
00:24Kalau rajin boleh je tumbuk.
00:26Tapi guna blender ke mudah?
00:28Guna je lep.
00:29Kisah kasar je.
00:30Jangan halus sangat.
00:31Panaskan minyak dalam kuali.
00:32Tumis bahan kisah tadi sampai betul-betul pecah minyak dan naik bau.
00:36Bila sambal dah cantik macam ni, masukkan sos tiram bersama garam dan gula.
00:40Kalau nak letak serbuk pati ayam pun boleh ikut selera masing-masing.
00:44Gaul lagi sampai semua bahan sebati dan sambal jadi berkilat.
00:47Masukkan ayam goreng.
00:49Gaul rata supaya setiap ketulan ayam tu bersalut sempurna dengan sambal.
00:53Masa gaul ni kuning api kecil je sebab kita tak nak sambal jadi terlalu garing.
00:57Masukkan hirisan pucuk gelugur.
00:58Nala tak banyak lagi pun boleh.
01:00Pastikan anda hiris halus-halus baru tak tercekik bila makan.
01:03Kacau perlahan sampai pucuk gelugur tu jadi layu dan keluar rasa masam semua jadi.
01:08Dah siap sambal ayam pucuk gelugur kita.
01:10Kombinasi rasa pedas dan masam memang sangat menyelerakan.
01:13Makan pula dengan nasi panas.
01:15Wah, memang sempurna.
01:17Sekali try pasti repeat banyak kali.
01:19Selamat mencuba.
01:20Nak tengok ti rasa masak share live?
01:22Jom intai asik kami di TikTok Maja Rasa setiap siasa dan kamis.
01:25Ingat makan, ingat rasa.
01:26Jangan lupa tonton.
Comments

Recommended