Skip to playerSkip to main content
Kalau sebut makanan Bumi Kenyalang, memang tak sah kalau tak sebut Laksa Sarawak! Kuah pekat, kaya aroma, dipadankan dengan bihun, hirisan ayam, udang, telur dan pelbagai bahan sampingan, memang sangat sedap!

Sekarang tak perlu pergi jauh. Ikut sahaja resipi ini dan nikmati sendiri keenakan Laksa Sarawak di rumah. Confirm makan bertambah. Jom masak!

LAKSA SARAWAK

BAHAN-BAHAN:
200gm pes perencah laksa Sarawak
400gm udang | dibuang kulit
200ml santan
2 ketul dada ayam
3 batang serai | diketuk
1 kiub ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 liter air

BAHAN PELENGKAP:
1/2 bungkus bihun | dicelur
400gm udang
Dada ayam | dicarik
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
Fishcake | dicelur & dihiris
Tauge | dicelur
2 tangkai daun ketumbar
Limau kasturi | dibelah dua

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #laksasarawak #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak buat laksa Sarawak.
00:03Haa, korang pernah rasa tak menu dari Bumi Kenyalan ni?
00:05Sangat sedap tau.
00:07Jom kita masak.
00:07Mula-mula panaskan air dalam periuk.
00:09Rebus dadai ayam bersama serai.
00:11Serai tu ketuk dulu supaya kuala laksa kita nanti jadi lebih wangi.
00:14Bila air rebusan dah menyidih, masukkan paste laksa.
00:18Haa, nanti ada yang tanya tu, Kak IK mana nak dapat paste ni?
00:21Adakah dekat semenanjung?
00:22Jangan pening-pening, korang boleh je usak online.
00:25Bila isi ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan sekejap.
00:28Lepas tu, carikan halus-halus.
00:30Letak tepi sebab nanti kita akan guna sebagai bahan pelengkap.
00:33Perasakan kuala laksa dengan garam, sedikit gula dan kiup pati ayam.
00:37Masukkan udang dan juga fish cake.
00:39Fish cake tu letak je seketua-seketua macam tu.
00:41Nanti kita potong kemudian.
00:43Tak perlu masak lama, lebih kurang 4 minit je dah cukup.
00:46Bila udang bertukar warna, dah boleh angkat.
00:49Masukkan santan ke dalam kuah, kacau bagi sebati.
00:52Masak guna hapi sederhana je supaya santan tu tak kentu.
00:55Bila kuala laksa dah masak, masukkan bihun yang dah dicelur ke dalam mangkuk.
00:59Tuanglah kuala laksa tadi dengan secukupnya.
01:01Kalau Kak IK suka letak kuah banyak-banyak, barulah best makan.
01:05Letakkan udang, kirisan fish cake, tauge celur, kirisan telur dan isi ayam carik ke dalam mangkuk.
01:11Kita nak makan sendiri kan?
01:13Letaklah macam-macam lauk, barulah sedap.
01:15Jangan lupa hidang sekali dengan limau kasturi dan sambal.
01:18Jika suka, boleh letak daun ketumbar.
01:20Dah siap laksa Sarawak kita.
01:22Ui, sedapnya.
01:24Tak perlu terbang jauh.
01:25Anda pun boleh masak sendiri di rumah.
01:27Rasa dia sebiji macam dekat restoran.
01:29Selamat mencuba.
01:30Nak tengok tim Rasa Masak Strayer Live?
01:32Jom minta kasih kami di titik macam rasa-rasa setiap selasa dan gamis.
01:35Ingat makan ingat rasa.
01:36Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended