Skip to playerSkip to main content
Ada roti lebih dekat rumah? Jangan buang… Jom buat Puding Roti Kuah Kastard. Makan dengan kuah kastard berkrim, ada pula aiskrim, memang susah nak berhenti makan.Resipi mudah, bahan pun ringkas. Sekali buat, confirm seisi rumah berebut nak tambah. Jom cuba!

PUDING ROTI SOS KASTARD


BAHAN-BAHAN:
10 keping roti sandwich – potong empat segi
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
5 sudu makan gula
1 mangkuk kecil kismis
1 sudu makan mentega
Aiskrim vanilla


BAHAN SOS KASTARD:
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung kastard
4 1/2 sudu makan gula

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #pudingrotikuahkastard #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak buat puding roti sos custard.
00:03Jom kita masak.
00:05Satukan susu cair, telur, esen vanila dan gula ke dalam pengisar.
00:10Kisahlah sampai semua bahan tu larut dan sebati.
00:13Sapukan mentega pada setiap kepingan roti.
00:15Sapu juga pada loyang supaya puding kita tu tak melekat.
00:19Susun roti di dalam loyang, susun beberapa lapisan sampai penuh.
00:23Tuangkan bacuhan susu tadi sehingga membasahi keseluruhan roti.
00:26Tekan perlahan-lahan supaya roti menyerap ke semua bacuhan susu.
00:31Habukkan kismis di atasnya.
00:33Kalau tak suka kismis, boleh ditukar kepada buah-buahan kering kegemaran korang.
00:37Sementara nak tunggu puding siap, kita sediakan sos custard pula.
00:41Larutkan tepung custard bersama air.
00:43Masukkan susu cair dan gula.
00:46Masak guna api perlahan sambil sentiasa dikacau sampai lah sos tu jadi sedikit pekat.
00:51Bila puding tu dah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika.
00:55Lepas tu, siram dengan sos custard yang masih suam.
00:58Kalau nak lagi padu, tambah satu skop aiskrim vanila.
01:01Dah sejak puding roti sos custard kita.
01:04Puding roti yang lembut sos custard berkrim ditambah pula aiskrim vanila yang sejuk.
01:10Memang susah nak berhenti makan.
01:12Selamat mencuba.
01:13Nak tengok tim rasa masak share live?
01:15Jom intai asyik kami di Detalk Majlis Rasa Setiap Sasa dan Khamis.
01:19Ingat makan, ingat rasa.
01:20Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended