Skip to playerSkip to main content
Cara Buat Susu Oat Homemade

Kalau selalu beli susu oat dekat kedai... apa kata kali ni jom kita cuba buat sendiri.

Bukan je lagi jimat, tapi juga boleh kawal sendiri rasa manis ikut citarasa. Mudah je!

#RASA #susuoat #tipbuatsusuoat #oatmilkhomemade #oat #rasashare
Transcript
00:00Susu oat kaya dengan serat dan merupakan alternatif berbalap tosah yang sesuai untuk mereka yang alahan tenusu.
00:06Kalau selalu beli susu oat dekat kedai, apa kata kali ni cuba buat sendiri.
00:11Bukan je lagi jimat tapi juga boleh kawal sendiri rasa manis ikut cita rasa.
00:16Mula-mula, rendam roll oat dalam air sejuk selama 15 hingga 30 minit.
00:20Ianya membantu hasilkan susu oat yang lebih berkrim dan tak mudah berlending.
00:24Selepas itu, bilas dan tuskan.
00:26Masukkan oats ke dalam pengisar bersama 3 hingga 4 cawan air sejuk, sedikit garam dan pemanas pilihan.
00:32Kalau nak lebih sedap, boleh tambah kurma, madu atau sedikit esen vanila.
00:36Nak susu oat lebih pekat atau lebih cair? Laraskan je jumlah air ikut cita rasa.
00:41Kisar selama lebih kurang 30 saat. Jangan kisar terlalu lama ya. Nanti susu oat jadi berlendir pula.
00:47Bila dah siap, tapis menggunakan kain penapis atau penapis yang sangat halus.
00:51Jangan perahampas oat. Biarkan je ia menapis sendiri supaya tekstur susu kekal lembut dan tak berlendir.
00:58Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam sebelum diminum.
01:03Susu oat homemade ini boleh tahan sehingga 5 hari kalau disimpan dalam peti sejuk.
01:07Siap! Senang je kan? Lepas ni tak perlu beli lagi.
01:10Buat sendiri je lebih cimat dan puas hati.
01:13Selamat mencuba!
01:14Ingat makan, ingat rasa!

Recommended