00:00Pernah tak terfikir nak buat jam strawberry sendiri yang lebih sihat?
00:04Guna strawberry segar, tanpa bahan pengawin ataupun warna tiruan dan boleh kawal sendiri rasa manisnya.
00:10Dengan 4 bahan asas je, kita dah boleh buat jam strawberry sendiri.
00:14Sedap, pekat, rasa semula jadi, malah kaya dengan serat.
00:18Jom ikut cara ni.
00:19Mula-mula, basuh dan bersihkan 250g strawberry, buang daun dan tangkainya.
00:25Kemudian, potong strawberry kepada 4 bahagian atau dadu kecil.
00:29Masukkan strawberry yang dah dipotong ke dalam periuk, masak dengan api kecil.
00:34Sambil ia mereneh, hancurkan sikit-sikit strawberry tu sampai jadi lembik dan keluar jus.
00:39Bila strawberry dah hancur, masukkan 3 sudu besar madu atau stevia secukup rasa
00:44atau ikutlah mana-mana yang menjadi pilihan hati.
00:47Kemudian, masukkan 1 sudu besar jus lemon untuk rasa yang lebih segar dan seimbang.
00:52Kacau rata dan tutup api bila campuran dah mula pekat.
00:56Selepas itu, masukkan 1 sudu besar biji chia dan kacau sebati.
01:00Biji chia ini berfungsi sebagai pemekat semula jadi dan kaya dengan serat.
01:04Biarkan jam sejuk sepenuhnya sebelum masukkan ke dalam balang kaca bertutup.
01:08Simpan dalam peti sejuk.
01:10Jam strawberry sehat tanpa pengawet ini boleh tahan 2 hingga 3 minggu dalam peti sejuk.
01:14Boleh juga tukar guna buah lain macam the berry atau blackcurrant.
01:18Siap? Selamat mencuba!
01:20Ingat makan, ingat rasa!
Comments