Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Remayong merupakan tanaman herba yang sangat tinggi khasiatnya. Sedap kalau buat masak macam kangkong belacan tu. Boleh cuba nanti!

Transcript
00:00Remayong atau Ceylon Spanish merupakan tumbuhan tropika yang tumbuh menjalar di kawasan bertanah lembab.
00:08Lebih dikenali dengan nama botaninya iaitu Basela dan berasal dari India Selatan.
00:13Di Asia, remayong dikenali dengan nama lain seperti Bayam Ceylon, Bayam Malabar, Manachai dan macam-macamlah mengikut negara di Asia jadi anda boleh google sendiri.
00:23Pokok remayong ini tumbuh sebagai tanaman herba yang sesuai ditanam di tanah yang subur dengan iklim panas dan lembab.
00:30Walaupun mudah dibiarkan dengan menggunakan biji, penih dan keratan batang namun ia mempunyai jangka hayat yang pendek.
00:38Pokok remayong juga mengeluarkan bunga berwarna putih atau putih merah muda dan ungu bergantung kepada spesies dan tangkai akan mempunyai buah beri yang berwarna hitam.
00:49Remayong juga boleh dituai selepas 35 ke 45 hari dengan memotong bahagian pucuknya.
00:56Pucuk remayong juga sedap kalau digoreng bersama perencah udang atau bilis seperti anda masak kangkung ataupun bayam.
01:03Remayong didapati sangat rendah kalori dan lemak. 100 gram daun mentah menyediakan hanya 19 kalori sahaja.
01:11Walaubagaimanapun, remayong memegang sejumlah besar vitamin, mineral dan antioksiden.
01:16Selain itu, remayong juga mempunyai lebih banyak kandungan vitamin C, vitamin B kompleks seperti folate, vitamin B6, riboflavin dan zat besi
01:26yang mampu membantu tubuh manusia mengembangkan daya tahan terhadap agent-agent berjangkit dan membuang radikal bebas oksigen berbahaya.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended