00:00Ramai orang kenal durian sebagai raja buah, baunya yang kuat tetapi peminatnya sanggup beratur semata-mata nak menikmati isi yang
00:07lemak dan manis.
00:07Tapi tahukah anda, di sebalik keenakannya, durian juga mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh.
00:12Pertama, durian merupakan sumber tenaga yang baik.
00:15Ia mengandungi karbohidrat semua jadi yang boleh membekalkan tenaga dengan cepat.
00:19Sebab itu, ramai rasa lebih bertenaga selepas menikmatinya.
00:22Selain itu, durian juga kaya dengan serat.
00:24Serat membantu melancarkan sistem penghadaman, memberikan rasa kenyang lebih lama dan menyokong kesihatan usus.
00:30Durian turut mengandungi vitamin C yang penting untuk membantu meningkatkan sistem imun badan serta bertindak sebagai antioksiden bagi melindungi sel
00:38daripada kerosakan.
00:39Bukan itu sahaja, buah ini juga mengandungi kalium iaitu mineral yang membantu mengekalkan fungsi otot dan sarap serta menyokong kesihatan
00:46jantung dan tekanan darah yang normal.
00:48Menariknya lagi, durian mengandungi vitamin B seperti vitamin B6 dan folat yang membantu tubuh menghasilkan tenaga serta menyokong fungsi otak
00:56dan sistem sarap.
00:57Namun begitu, durian juga mengandungi kalori dan gula yang agak tinggi.
01:01Jadi, walaupun sedap, pengambilannya perlulah secara sederhana terutamanya bagi individu yang menghidap diabetes atau sedang mengawal berat badan.
01:09Kesimpulannya, durian bukan sekadar enak dimakan, malah turut membekalkan pelbagai nutrien yang bermanfaat.
01:15Asalkan dinikmati secara berpada-pada, raja buah ini boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang.
01:21Haa, dah tahu kan kebaikan buah ini? Jadi, bolehlah nikmati mengikut kesesuaian tubuh masing-masing.
01:25Ingat makan, ingat rasa. Moga bermanfaat.
Comments