Skip to playerSkip to main content
Gulai Udang Tumis Darat ni memang sangat sedap. Bau wangi rempahnya tu, melekat dekat tangan. Masak pula guna udang galah. Perghhh… Nalla betul! Jika anda suka makan kari pekat, resipi ni memang kena cuba. Jom masak!

GULAI UDANG TUMIS DARAT

BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang galah
5 biji bawang merah - kisar halus
3 biji bawang putih - kisar halus
1 paket serbuk kari ikan babas
1 paket serbuk cili
10 tangkai kacang buncis - potong serong
5 sudu besar air asam jawa
200ml santan pekat
200ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT:
3 biji bawang merah
3 tangkai daun kari

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gulaiudangtumisdarat #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi resepi gulai udang tumis darat.
00:03Sangat sedap, buka periuk semerbak bau kari.
00:07Buna pula udang galah fresh.
00:09Jom kita masak.
00:09Mula-mula, satukan bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.
00:13Kisar hingga halus.
00:14Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam periuk.
00:16Masukkan bawang merah dan bawang putih yang kita kisar halus tadi.
00:19Bila bawang kita tu dah nampak kekuningan,
00:21masukkan serbuk kari ikan dan juga serbuk cili.
00:23Masa ni, masak guna api kecil je tau.
00:25Jangan guna api besar, nanti rempah kita tu jadi hangus.
00:28Bila rempah nampak sedikit garing, tambah sedikit air.
00:30Tumis lagi sampai pecah minyak.
00:32Air ni Kak IK letak beberapa kali sampai dapat tumis yang cantik macam ni.
00:36Bila rempah dah wangi dan pecah minyak elok,
00:38masukkan air asam jawa.
00:40Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih seketika
00:42supaya rasa masarnya sebati dengan rempah.
00:44Seterusnya, tuangkan air.
00:46Kacau-kacau bagi semua bahan tu sebati.
00:48Bila dah nampak kuah mendidih,
00:49masukkan udang galah yang kita dah bersihkan.
00:51Kacau-kacau dan biarkan udang tu separuh masak.
00:54Udang galah ni optional je kalau nak guna udang laut pun boleh.
00:57Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
01:00Kalau suka kari yang sedikit manis,
01:01boleh tambah gola ikut selera.
01:03Kacau perlahanlahan supaya udang masak sekata dan kekal manis isinya.
01:06Bila kuah kari kita tu dah mendidih manja macam ni,
01:09tuangkan santan pekat.
01:10Kacau-kacau sikit dan masukkan kacang boncis yang kita dah potong serong.
01:14Kalau tak ada kacang boncis,
01:15boleh je gantikan dengan kacang panjang atau terung.
01:18Masak seketika sampai sayur tu jadi lembut.
01:20Sekarang kita buat bahagian yang paling istimewa iaitu tumis darat.
01:23Lama pun gulai udang tumis darat kan?
01:25So, dalam kuali berasingan,
01:27tumis bawang merah dan daun kari hingga garing dan harum.
01:30Kemudian tuang terus ke dalam periuk gulai udang tadi.
01:33Tuang semua sekali termasuk dengan minyaknya.
01:35Kacau-kacau bagi sebati dan tutup api.
01:37Dah siap gulai udang tumis darat kita.
01:40Sedapnya!
01:41Kuahnya lemak berempah,
01:42udangnya manis dan aroma daun kari goreng tu
01:45memang buat satu rumah lapar.
01:47Korang memang kena cuba dijamin tak menyesal.
01:50Nak tengok tim Rasa Masak Share Live?
01:51Jom intai asli kami di titik majlis rasa setiap siasat dan kami.
01:54Ingat-ingat rasa.
01:55Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended