Skip to playerSkip to main content
Tercari-cari resipi kuih yang sedap untuk minum petang? Boleh cuba resipi Kuih Lapis Ubi Kayu ni. Teksturnya yang lembut kenyal, lemak, tak terlalu manis, memang sangat best. Makan pula dengan kelapa parut, memang tak cukup sepotong. Warna pun cantik. Sesuai dijadikan idea jualan.

KUIH LAPIS UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu parut
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan santan pekat
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna hijau, kuning dan merah secukupnya
Kelapa parut - kukus dan gaul dengan sedikit garam

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kuihlapisubikayu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dalam laporan asal kak IK nak kongsi satu resepi kuih tradisional yang sedap dan mudah buat
00:06iaitu kuih lapis ubi kayu.
00:07Warna pun lawa, nak buat pun sangatlah senang. Jom kita masak.
00:11Mula-mula kupas kulit ubi kayu tu kemudian parut hingga hadus, masukkan dalam bekas besar.
00:15Kemudian tambahkan gula, garam, santan pekat dan sedikit esen vanilla.
00:20Santan ni kak IK guna santan kotak je.
00:22Gula pun kalau nak lebih sihat, anda boleh guna gula perang.
00:24Kacau hingga semua bahan-bahan tu sebati dan menghasilkan adunan yang sekata.
00:28Kuih ni bila kita guna santan kotak, tekstur dia memang cantik dan tak terlalu cair.
00:33Ngang-nggang melok je.
00:34Bila adunan tu dah sebati, bahagikan kepada tiga bahagian yang sama banyak.
00:38Warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan.
00:40Yang ni kak IK guna warna hijau, kuning dan merah.
00:42Pewarna tu jangan letak banyak sangat, kita nak warna light-light je.
00:45Kau setiap adunan hingga warna sebati sepenuhnya.
00:48Kuna sudu yang berasingan supaya warna tak bercampur.
00:50Untuk proses memasak, ambil loyang yang telah disapu minyak dan tuang adunan hijau.
00:55Ratakan permukaannya dan kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana.
00:59Bila lapisan pertama masak, tuangkan pula lapisan kedua.
01:03Yang ni kak IK pilih warna kuning.
01:04Ratakan dan bagi adunan tu sama tebal dan kukus lagi selama 12 minit.
01:09Masa ni Masya Allah, bau ni dah setak wangi.
01:11Kalau nampak di permukaan kuih tu ada air menitis, lak sikit.
01:15Kemudian, masukkan lapisan terakhir yang berwarna merah.
01:17Perutan warna ni ikut pada selera masing-masing je tak semestinya ikut macam yang kak IK buat.
01:22Cumanya kena ingat, anda kena kukus lapisan demi lapisan.
01:25Jangan kukus 3 warna sekaligus.
01:27Kalau tak, layer dia tu jadi tak cantik.
01:29Bila dah siap kukus selama 30 minit, sejukkan kuih selama 1 jam.
01:33Langkah ni penting supaya kuih kita tu mudah dipotong dan lapisannya kekal cantik.
01:37Akhir sekali, salutkan setiap potongan kuih kita tu
01:39dengan kelapa parut yang telah dikukus dan digaul bersama sedikit garam.
01:43Tengok warnanya tu, cantik kan?
01:45Sesuai untuk makan sendiri atau dijadikan idea jualan.
01:48Sangat senang, jangan lupa cuba tau.
01:50Nak tengok timur rasa masak secara live?
01:52Jom intai asik kami di TikTok Majuah Rasa setiap selasa dan kamis.
01:55Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended