Skip to playerSkip to main content
Resipi Rebus Manis Sayur Kampung ni memang imbau nostalgia. Gabungan sayur kampung segar menghasilkan rasa yang sederhana, tetapi cukup memikat selera. Bila rasa, teringat air tangan emak di kampung.Nak lagi sedap? Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Memang padu!

REBUS MANIS SAYUR KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
1 paket rebung rebus - cuci dan tos
2 cawan labu kuning - potong dadu
1 genggam pucuk keledek
1 batang serai
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
3 cawan air

BAHAN TUMBUK/ KISAR:
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
3 biji cili padi
3 biji cili merah
2 inci belacan bakar

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #rebusmanissayurkampung #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi satu resepi sayur yang mudah, sedap dan sihat iaitu rebus manis sayur
00:05kampung.
00:06Kalau tengah diet sesuai sangatlah makan menu ni, jom kita masak.
00:10Nak masak menu ni mudah je. Mula-mula satukan bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis, cili padi, cili merah
00:16dan belacan bakar ke dalam pengisar.
00:18Ikan bilis tu kalau nak gantikan dengan udang kering pun boleh.
00:21Belacan tu pun kalau nak skip boleh je tapi kalau letak lagi sedap.
00:25Kisah bahan-bahan tadi hingga halus.
00:27Kalau raja nak tumbuk pun boleh.
00:28Seterusnya masukkan air ke dalam periuk.
00:31Masukkan juga serai. Haa serai ni kita dah ketuk-ketuk siap-siap tau.
00:34Kemudian masukkan bahan-bahan yang kita kisah tadi. Haa letak je semua tu.
00:38Kacau sebentar dan biarkan kuah merenis seketika.
00:41Tujuannya untuk keluarkan bawang wangi serai.
00:43Seterusnya masukkan rebus-rebus yang kita telah cuci bersih dan toskan.
00:47Tambahkan juga labu kuning yang kita dah buang kulit dan potong dadu.
00:50Korang kalau nak rasa sayur ni rasa lebih manis semula jadi, boleh lebihkan labu ni.
00:54Biarkan kuah merenis seketika.
00:56Bila labu dah empuk, masukkan pucuk keledek.
00:58Kacau perlahan-lahan supaya pucuk keledek tu layu sekata tapi pada masa yang sama masih mengekalkan warna hijaunya.
01:04Kalau susah nak dapat pucuk keledek, boleh je gantikan dengan pucuk manis atau bayam hijau.
01:09Sama je sedapnya.
01:11Kemudian perasakan dengan garam, gula dan sedikit sebut perasa.
01:15Tasa kuah dulu dan sesuaikan mengikut selera masing-masing.
01:17Biarkan mendidih seketika sehingga semua bahan benar-benar mesra dan sebati.
01:21Dah siap laut rebus manis sayur kampung kita.
01:23Aroma rebung, serai dan belacan memang buat kita rasa tak sabar nak makan.
01:28Laut ni paling sedap makan dengan nasi panas bersama ikan goreng atau sambal belacan.
01:33Haa, gerenti tambah banyak kali.
01:35Nak tengok tim rasa masak sure life?
01:37Jom intai asyik kami di TikTok Madara rasa setiap selasa dan kamis.
01:40Ingat makan-ingat rasa. Jangan lupa tonton!
01:41Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended