Skip to playerSkip to main content
Lemak, manis yang sepadan. Memang sangat sedap Kuih Perahu ni. Nampak macam Tepung pelita tapi lain sikit. Kalau anda penggemar kuih tradisional, memang kena cuba resipi ni. Dijamin menjilat jari. Sesuai dinikmati ketika minum petang bersama secawan kopi atau teh panas. Sekali rasa, memang susah nak lupa. Selamat mencuba!

KUIH PERAHU

BAHAN-BAHAN:
100gm gula merah
2 sudu besar gula
2 gelas santan pekat
1 gelas tepung gandum
1 sudu teh garam
Daun pandan saiz besar @ daun pisang

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kuihperahu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi satu resepi kuih terdicinal iaitu kuih perahu.
00:04Resepi ni Kak IK dapat dari video Masak Indonesia.
00:07Nampak macam tu komputer tapi lain sikit bahan-bahan dia.
00:10Jom kita cuba.
00:10Mula-mula, satukan gula merah dan gula pasir di dalam mangkuk.
00:14Gula merah tu boleh je kita gantikan dengan gula melaka yang kita dah parut halus,
00:17gaul hingga sebati.
00:18Kemudian, sudutkan sedikit campuran gula tadi ke dalam setiap acuan kuih.
00:22Inilah yang akan menghasilkan lapisan manis berkaramal di bahagian bawah kuih nanti.
00:26Acuan tu pula Kak IK buat bentuk sampan guna daun pisang.
00:28Seterusnya, kita sediakan adunan santannya pula.
00:31Dalam bekas yang lain, santukan santan pekat dan tepung gandum.
00:34Untuk resepi ni Kak IK guna santan segar yang diperadai daripada 2 biji kelapa.
00:38Kacau hingga tepung larut sepenuhnya dan adunan menjadi licik tanpa ketulan.
00:42Kalau nak mudah boleh je tapis.
00:43Selepas itu, masukkan sedikit garam kacau-kacau.
00:46Tujuan ni adalah untuk menaikkan rasa lemak santan dan menjadikan kuih rasa lebih sedap.
00:50Kacau-kacau lagi sampailah anda dapat tekstur yang macam dalam video ni.
00:53Susun acuan kuih berisi gula tadi ke dalam perit kukusan.
00:56Susun rapat-rapat, kemudian tuangkan adunan santan tadi ke dalam acuan.
01:01Tuang tu sampai 3 perempat acuan sahaja.
01:03Jangan penuh sangat, nanti melimpah pula kuih tu bila dah masak nanti.
01:06Kalau acuan tu nampak nipis dan lembit, anda boleh letak dalam bekas macam ni.
01:10Isi acuan kita tu sampai adunan santan habis.
01:13Kalau tak nak buat acuan sampan guna daun pisang, boleh je guna acuan yang lain.
01:16Kukus selama kira-kira 10 hingga 15 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya.
01:21Bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
01:25Dah siap kuih perahu kita.
01:27Teksturnya lembut berkrim dengan rasa lemak santan yang seimbang bersama kemanisan gula merah.
01:32Memang sesuai dinikmati ketika minum petang bersama secawa kopi atau teh panas.
01:36Serius makan ketika kuih ni tengah suam memang sangat sedap.
01:39Para penggemar kuih tradisional, korang memang kena cuba.
01:42Nak tengok tim rasa masak short life?
01:44Jom intai kasih kami di TikTok Maja Rasa Setiak Selasa dan Kamis.
01:47Ingat mantan-ingat rasa.
01:48Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended