Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Lembaga Tabung Haji dijangka mengumumkan kadar rasmi kos menunaikan ibadah haji untuk musim 2026 pada 22 Oktober ini.
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji TH akan mengumumkan kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji bagi musim 2026 pada 22 Oktober ini.
00:10Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar, surat tawaran akan diedarkan kepada bakal jemaah haji selepas pengumuman kadar kos rasmi oleh pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Husin.
00:25Kadar kos itu mungkin meningkat atau kekal namun diusahakan agar tidak membebankan bakal jemaah.
00:34Mohd Naim turut menjelaskan pengumuman kadar kos penting bagi mengurangkan kadar penolakan tawaran haji yang dilaporkan agak tinggi pada tahun 2025.
00:44Usaha ini katanya bertujuan memastikan lebih ramai menerima tawaran dan menggunakan kota haji secara optimum.
00:50Tabung Haji juga mengambil langkah proaktif mengenalpasti dan mengemaskini data bakal jemaah yang layak bagi memastikan mereka bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental sebelum menunaikan ibadah.
01:03Mohd Naim berkata langkah ini juga bertujuan mengelakkan kerugian kota haji negara yang telah ditetapkan iaitu seramai 31,600 orang pada musim ini.
01:13Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended