Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula langkah-langkah krisis tenaga yang pernah digunakan pada 2022 susulan gangguan pasaran tenaga akibat perang melibatkan Iran.
Transcript
00:00Kesatuan Eropah EU sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula langkah-langkah krisis tenaga yang pernah digunakan pada tahun 2022,
00:09sesulan gangguan pasaran tenaga akibat Perang Israel Amerika Syarikat ke atas Iran.
00:13Pesuruh jaya tenaga EU, Dan Jorgensen berkata, carangan itu termasuk usaha mengurangkan tarif grid dan cukai elektrik bagi mengawal tekanan
00:21kos terhadap pengguna.
00:24Menurut beliau, EU kini sedang menyediakan pelbagai pilihan berdasarkan pengalaman krisis terdahulu kerana ketidaktentuan tempoh dan tahap kesan konflik semasa.
00:58Pada 2022, EU memperkenalkan beberapa dasar kecemasan
01:04selepas Rusia mengurangkan bekalan gas berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.
01:09Langkah itu termasuk penetapan harga gas di seluruh EU cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat tenaga serta sasaran pengurangan
01:18penggunaan gas.
01:20Jorgensen berkata, konflik Iran dijangka memberi kesan berpanjangan kepada pasaran tenaga global walaupun sekiranya perjanjian damai dicapai dalam masa terdekat.
01:32Eropah yang banyak bergantung kepada import bahan api dilihat terdedah kepada kesan konflik di Asia Barat
01:38dengan harga gas di rantau itu meningkat lebih 70% sejak perang bermula pada 28 Februari lalu.
01:46Bagaimanapun, bekalan minyak mentah dan gas asli EU tidak terjejas secara langsung oleh penutupan selat hormus
01:53memandangkan sebagian besar import tenaga blok itu diperoleh dari luar Asia Barat.
Comments

Recommended