00:00Malaysia dan Arab Saudi mengukuhkan kerjasama strategik dalam urusan haji, umrah dan hal ewal berkaitan bagi memastikan jemaah Malaysia menerima
00:08perkhidmatan yang terbaik, selesa dan berkualiti.
00:11Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ewal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata, perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau ke
00:18atas Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Syekh Dr. Taufik Fauzan Al-Rabi'ah semalam.
00:23Pertemuan tersebut berlangsung di King Salman International Convention Center, Madinah, Sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026.
00:30Menurut Dr. Zulkifli, pertemuan itu membuka ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan,
00:38kemudahan dan kebajikan jemaah Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.
00:42Kerjasama erat antara Malaysia dan Arab Saudi dalam urusan haji dan umrah dilihat penting, memandangkan peningkatan jumlah jemaah dan keperluan
00:50penambahbaikan berterusan dari aspek logistik, keselamatan, pengangkutan dan pengurusan ibadah.
00:57Terima kasih kerana menonton!
Comments