00:00Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja bagi membantu siasatan kes penyebaran kandungan TikTok berunsur hasutan fitnah dan penghinaan terhadap
00:10Islam dan institusi diraja Johor.
00:13Ketua Polis Johor, Dato' Abrahman Arsad maklumkan tangkapan dibuat awal pagi Rabu di Taman Saujana melibatkan dua wanita dan seorang
00:20lelaki berusia antara 17 hingga 49 tahun.
00:25Menurutnya polis menerima laporan daripada seorang lelaki selepas mengesan satu video dimuat naik oleh akaun TikTok Ratu Nur Putri Balkis
00:33yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah dan menghasut itu pada ahad lalu.
00:39Abrahman berkata antara kandungan hantaran terbabit ialah dawaan bahawa Sultan Johor dan Tunku Makota Johor serta Perdana Menteri menerima nasihat
00:48daripada pemilik akaun berkenaan dalam penyediaan teks ucapan.
00:52Kandungan itu juga memaparkan fitnah kononya Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalan diri pemilik akaun terbabit bagi tujuan tertentu berkaitan ajaran
01:03yang dibawanya.
01:04Selain itu, hantaran tersebut turut membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan mendakwa kononya berlaku salah laku dan
01:12amalan rasuah selain menyebarkan dawaan menyimpang mengenai solat fardu dan sunat.
01:18Abrahman berkata semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif.
01:29Mahkamah Magistret Johor Baru membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama empat hari sehingga 3 April bagi membantu siasatan lanjut.
01:38Kes disiasat di bawah Seksyen 4-1 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun
01:51Keseksaan iaitu Perbuatan Mencederakan Perasaan Agama dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah.
01:58Terima kasih kerana menonton!
Comments