00:00Tiga kali bertukar sekolah dalam tempoh dua tahun tidak menghalang seorang pelajar orang kurang upaya, OKU daripada komuniti orang asli
00:09suku Kuala, meraih keputusan cemerlang 6A dalam sijil pelajaran Malaysia SPM 2025.
00:16Nur Afyera Aisyah Mohamad Nasir, 17 tahun, yang mengalami kecacatan fizikal pada tangan kiri sejak lahir, memulakan persekolahan di Sekolah
00:26Menengah Sains Alur Gajah selama tiga bulan sebelum menghabiskan tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Semencu, Kota Tinggi Johor.
00:35Dia kemudian menyambung pengajian tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said, Melaka.
00:41Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, keputusannya meninggalkan Sekolah Menengah Sains Alur Gajah merupakan langkah tepat kerana menghadapi kesukaran
00:51mengikuti aliran sains selain kekangan fizikal untuk menguruskan diri di asrama.
00:56Saya sendiri tak boleh uruskan diri saya masa saya di asrama itu. Dan macam sederhana sikit dalam fizikal saya sekarang
01:03ini. Jadi saya tukar pada lain. Dan satu lagi saya macam tak boleh ambil pidang itu dan sains itu sebab
01:10saya takut saya sendiri stres dan juga saya tak boleh nak kecap apa yang macam saya. Jadi saya tukar pada
01:19aliran lah.
01:20Sementara itu ibunya Nurul Huzaimah Wati, 46 tahun berkata, kejayaan anaknya banyak didorong oleh komitmen guru dan pihak sekolah yang
01:30menyediakan kelas tambahan tanpa memerlukan tuisyen luar.
01:34Mereka semua usaha pada sekolah lah. Tak ada tuisyen luar. Semua tuisyen daripada sekolah.
01:38Bezat raya ni kurang tak. Kurang cemelang juga. Dia meningkat ketika ni lah. SPS ni dia banyak seragalah. Dia dah
01:48banyak usaha lah.
01:53Terima kasih kerana menonton!
Comments