Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Genap tiga tahun menerajui pentadbiran negeri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan tempoh itu sebagai fasa mencabar yang kini mula membuahkan hasil, dengan pelaksanaan lebih 200 inisiatif merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat.
Transcript
00:00Genap 3 tahun menarajui pentadbiran negeri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri A.B. Rauf Yusof menyifatkan tempoh itu sebagai fasa
00:09mencabar yang kini mula membuahkan hasil dengan pelaksanaan lebih 200 inisiatif berangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat.
00:17Menurut beliau, pelbagai keputusan yang pada awalnya mencetuskan tentangan kini terbukti memberi impak positif khususnya dalam merancakkan ekonomi dan menambah
00:27baik kesejahteraan rakyat.
00:30Antara langkah yang menjadi perhatian termasuk penutupan laluan di kawasan pelancongan utama sekitar bangunan Stothash pada hujung minggu yang pada
00:38peringkat awal mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.
00:42Namun katanya selepas tempoh pelaksanaan, langkah itu berjaya meningkatkan limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.
00:48Beliau turut memperkenalkan pendekatan wakil rakyat untuk rakyat yang menekankan keperluan pemimpin memahami sendiri, Denyut Nadi Masyarakat.
00:58Jadi ini adalah satu percapaian yang kita dapat beri untuk mendengar Denyut Nadi rakyat.
01:07Selain itu ada banyak lagi benda-benda lain. Nanti kita akan olah satu per satu supaya rakyat sendiri dapat merasakan
01:13bahawa sebuah pentadbiran yang dirakyatkan ini memberi pulangan yang baik kepada rakyat yang memerlukan perhatian dan juga bantuan daripada pimpinan
01:23kerajaan negeri.
01:24Satu lagi, setelah kita menguruskan wakil rakyat untuk rakyat, kita buat hari esko bertemu rakyat ataupun hebat yang kita akan
01:32buat setiap 45 hari sekali.
01:34Di dalam bangunan seri negeri ini, kita jemput semua rakyat yang tak boleh menyetat diselesaikan masalahnya untuk diperhalusi semula di
01:41dalam pertemuan wakil rakyat untuk rakyat ini.
01:44Mengulas pendekatan pentadbiran, A.B. Raof tegaskan kepentingan memahami sendiri keperluan rakyat dalam merangka dasar dan inisiatif.
01:53Pendekatan itu diterjemahkan melalui penglibatan semua portfolio esko kerajaan negeri dalam menangani isu rakyat, merangkumi kebajikan, infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan
02:04pertanian.
02:05Sebanyak RM419.1 juta telah diperuntukkan bagi pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi manfaat kepada lebih 100 ribu rakyat Melaka sekaligus
02:16mengekalkan status sifar miskin tegar di negeri itu.
02:18Kesemua usaha ini digerakkan di bawah gagasan Melaka sayang rakyat atau mesra yang menjadi teras kepada komitmen kerajaan negeri dalam
02:26memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
02:30Selain itu, inisiatif Hari Exko Bertemu Rakyat atau Hebat yang diadakan setiap 45 hari turut menjadi platform penting bagi mempercepatkan
02:39penyelesaian isu di lapangan.
Comments

Recommended