Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Indonesia akan melaksanakan beberapa langkah berkuat kuasa hari ini bagi menangani kenaikan mendadak harga tenaga serta gangguan bekalan yang dikaitkan dengan perang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
Transcript
00:00Indonesia akan melaksanakan beberapa langkah berkuat kuasa pada Rabu bagi menangani kenaikan mendadak harga tenaga dan gangguan bekalan yang dikaitkan
00:08dengan perang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
00:11Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Al-Langga Hartarto berkata, antara langkah utama ialah pelaksanaan dasar bekerja dari rumah setiap Jumaat
00:20bagi penjawat awam, kecuali sektor kesehatan dan keselamatan.
00:25Menurut beliau, langkah itu dijangka mampu menjimatkan sehingga 6.2 triliun rupiah atau kira-kira 364.92 juta dolar Amerika
00:37dalam subsidi bahan api.
00:40Sebagai langkah adaptif dan preventif guna menghadapi dinamika global, pemerintah menetapkan kebijakan transformasi budaya kerja
00:50yang mendorong perubahan perilaku kerja yang lebih efisien, produktif dan berbasis digital.
00:56Kebijakan ini mencakup beberapa langkah utama sebagai berikut.
01:00Yang A, penerapan work from home bagi ASN, aparat sipil negara, di instansi pusat dan daerah
01:07yang dilakukan sebanyak satu hari kerja dalam seminggu, yaitu setiap hari Jumat yang diatur melalui surat edaran dari Menpan RB
01:16dan SEMendagri.
01:19Selain itu, kerajaan turut menghadkan jualan bahan api kepada 50 liter sehari bagi setiap kenderaan sebagai usaha mengawal penggunaan
01:28serta memastikan bekalan mencukupi.
01:31Langkah tersebut mencerminkan tekanan yang semakin dirasai negara serantau,
01:36susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada harga dan rantaian bekalan tenaga global.
Comments

Recommended